Friday 20 July 2012

Mengenali Dunia Pendidikan Khas


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Tidak sama orang yang bersimpati dengan orang yang berempati.  Mengajar duinia pendidikan kanak-kanak normal tidaklah begitu mencabar jika dibandingkan mengajar kanak-kanak pendidikan khas.  Cara, gaya, kaedah, pendekatan adalah berbeza kerana mereka merupakan kanak-kanak istimewa Anugerah Allah Ta'ala.  Mengenali dunia kanak-kanak pendidikan khas akan menimbulkan rasa insaf dan syukur ke hadrat Allah  buat kita yang dilahirkan atau mempunyai anak-anak yang normal.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana
keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi
mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan
perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial-tidak menyamai kanak-kanak
biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan
daripada kanak-kanak biasa.

Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri
dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya
tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom.
Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang,
sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas
boleh dikategorikan seperti berikut:
a. masalah pendengaran
b. masalah penglihatan
c. masalah pembelajaran
d. masalah tingkahlaku
e. masalah pertuturan
f. spastik (cerebral palsy)
g. terencat
h.  cacat anggota

Insyallah akan saya postkan lagi maklumat lanjut mengenai dunia pendidikan khas ini. 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

No comments:

Post a Comment