Friday 20 July 2012

Bahan P&P Literasi LINUS

Bahan P&P Literasi LINUS
http://www.scribd.com/titianilmu1710

Mengenali Dunia Pendidikan Khas


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.  Tidak sama orang yang bersimpati dengan orang yang berempati.  Mengajar duinia pendidikan kanak-kanak normal tidaklah begitu mencabar jika dibandingkan mengajar kanak-kanak pendidikan khas.  Cara, gaya, kaedah, pendekatan adalah berbeza kerana mereka merupakan kanak-kanak istimewa Anugerah Allah Ta'ala.  Mengenali dunia kanak-kanak pendidikan khas akan menimbulkan rasa insaf dan syukur ke hadrat Allah  buat kita yang dilahirkan atau mempunyai anak-anak yang normal.

Kanak-kanak berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana
keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor fizikal, otak dan emosi
mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Justeru pertumbuhan dan
perkembangan diri mereka- fizikal, otak emosi dan sosial-tidak menyamai kanak-kanak
biasa. Lazimnya keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan
daripada kanak-kanak biasa.

Di samping itu tingkahlaku mereka juga adalah tersendiri
dan berbeza mengikut jenis kecacatan atau masalah yang dialami. Contohnya
tingkahlaku kanak-kanak autisme tidak sama dengan kanak-kanak Down Sindrom.
Kanak-kanak autisme berada dalam dunianya sendiri dan tidak pedulikan orang,
sementara kanak-kanak Down Sindrom sukakan orang.

Pada amnya kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas
boleh dikategorikan seperti berikut:
a. masalah pendengaran
b. masalah penglihatan
c. masalah pembelajaran
d. masalah tingkahlaku
e. masalah pertuturan
f. spastik (cerebral palsy)
g. terencat
h.  cacat anggota

Insyallah akan saya postkan lagi maklumat lanjut mengenai dunia pendidikan khas ini. 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Monday 9 July 2012

Salam Ukhwah Para Pencinta Ilmu


Selamat melayari laman blog titian ilmu : sumber maklumat untuk pengkongsian bersama.
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana kesudian anda melayari laman blog ini.  Tujuan utama pembinaan blog pendidikan ini adalah untuk memaparkan segala maklumat dan ilmu untuk dikongsi bersama para pencinta ilmu terutama golongan pendidik.  Blog ini akan memaparkan tentang pelbagai maklumat dunia pendidikan pemulihan khas dan juga disiplin ilmu Bahasa Inggeris.
Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, tugas guru semakin hari semakin mencabar.  Apatah lagi bagi guru-guru yang mengajar disiplin ilmu pemulihan khas dan Bahasa Inggeris. Bagi pemulihan khas, KEGAGALAN atau ketidakupayaan sebahagian murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas 3M adalah antara cabaran getir dunia pendidikan hari ini. Biarpun sukar mengenal pasti angka sebenar murid dikategorikan bermasalah itu setakat ini, ramai pakar pendidikan bimbang implikasinya yang mungkin boleh menyebabkan mereka hilang minat ke sekolah. Jika kelemahan murid menguasai 3M ini tidak diatasi sejak Tahun Satu, masalah itu akan berlarutan apabila mereka memasuki Tahun Dua dan seterusnya. Di manakah silap atau apakah kekurangannya? Dalam memperbetulkan keadaan, tidak dinafikan banyak usaha dilaksanakan Kementerian Pelajaran bagi menangani masalah penguasaan 3M ini di kalangan murid. Berbekalkan ilmu dan pengalaman dalam bidang ini, saya cuba berkongsi apajua bahan dalam ruangan terhad ini.

Manakala ke arah memperkasakan Bahasa Inggeris telah menjadikan tugas guru semakin mencabar.  Guru-guru Bahasa Inggeris disogokkan dengan pelbagai kursus, aktiviti, bengkel dan bahan ke arah melahirkan bukan sahaja murid yang mahir berbahasa Inggeris tetapi mewujudkan guru yang kompeten dalam penguasaan bahasa ini.

Alvin Toffler seorang penulis terkenal pernah menyatakan bidang pendidikan di abad ini sangat penting dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif yang mampu menyelesaikan masalah dan boleh berfikir secara kritis.Ini memberi gambaran bahawa pendidikan tidak lagi berkisar hanya memberikan pengetahuan asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Tetapi mestilah boleh melahirkan orang yang berilmu pengetahuan dan mempunyai pelbagai kemahiran bagi menghadapi cabaran di abad ini.Bagi mencapai hasrat itu pendidikan perlu bersifat dinamik dan holistik yang sentiasa segar serta berubah mengikut keperluan masa dan persekitarannya. Penggunaan media baru seperti blog, laman web, chat relay boleh membantu memantapkan lagi dunia pendidikan.
Kesimpulannya, menjadi guru dan mengajar memang suatu pekerjaan yang mudah tetapi untuk menjadi guru dan mendidik memerlukan pengorbanan yang tinggi.  Bukan sekadar wang dan masa yang terpaksa dikorbankan,malahan tenaga dan minda juga menjadi taruhan.

Selamat berkongsi ilmu.